Friday, 31 October 2014

LAFAZ TERSEMBUNYI




Siapa kahwin nak bercerai? Soalan ini ditujukan kepada diri sendiri dan kepada semua. Betul, tiada siapa yang bernikah ada niat untuk berpisah selepas itu. Tetapi yang berlaku sebaliknya....

Ramai (bukan semua) pasangan muda yang bernikah hanya bertahan lebih kurang 3 ke 5 tahun. Penulis sendiri pernah mengendalikan rundingcara yang mana pasangan yang mahu berpisah hanya baru bernikah 3 bulan!! Mudah nak cakap tapi berat bahu yang memikulnya. Pasti di sana ada alasan yang menyebabkan pasangan itu mahu berpisah.

Berbalik kepada tajuk, Talak adalah lafaz cerai, talak atau seumpamanya yang membawa maksud talak dari suami kepada isteri. Maksudnya apabila kita bergelar je suami isteri, di lingkaran pernikahan kita ada makna talak, cerai, fasakh ( akan dikongsi), lian, eddah, rujuk dll.

Fokus entry kali ini ialah perkataan SEUMPAMANYA...iaitu apa2 perkataan sahaja yang disebut oleh Suami kepada Isteri dengan niat cerai boleh jatuh TALAK.

Contoh : 1. Antara kita tiada apa2

                2. Kita bawa haluan masing2

                3. Pergi lah balik rumah mak kau

                4. Aku dah tiada rasa dengan kau

Moga kita diberi kesabaran dalam meladeni rumahtangga. Banyakkan bersabar dan berdoa. Bila situasi di atas berlaku, minta pihak isteri atau suami sendiri merujuk pihak pejabat agama terdekat untuk keterangan lanjut sekadar SEGERA. Mohon jika Penulis tersalah info harap dibetulkan. Maafkan saya!!

Monday, 3 March 2014

Lafaz Cerai Jangan Dibuat Mainan
 
Sesetengah suami menggunakan lafaz CERAI atau TALAQ sebagai ugutan. Contoh, " Jika kau keluar dari rumah ini, jatuh talaq kamu." Ini adalah salah satu contoh yang biasa kita dengar dari suami. Banyak lagi contoh yang biasa kita dengar, antaranya
 
1. Jika pasukan bola ni kalah, aku ceraikan kau
2. Jika kau hubungi lelaki itu lagi, tertalaqlah engkau
3. Kalau kau menipu aku lagi, jatuh talaq
4. Kalau kau jumpa lagi lelaki itu, jatuh talaq
 
Secara umum, lafaz2 tersebut adalah lafaz2 yang berbentuk talaq secara taqlik. Lafaz Taqlik  adalah  lafaz yang mengantungkan talaq dengan sesuatu perkara atau sebab. Talaq akan jatuh apabila si isteri melanggar atau melakukan apa yang disyaratkan oleh suami tadi.
 
Lafaz Talaq secara Taqlik tersebut tidak boleh ditarik balik. Apabila sesuatu lafaz yang berbentuk taqlik dilafazkan oleh suami, si isteri hendaklah akur dengan syarat atau perkara yang dilafazkan oleh suaminya tadi.
 
Jika seseorang suami mengatakan, sekiranya dia minum arak lagi, atau dia berjudi lagi tertalaqlah engkau kepada isterinya maka lafaz ini juga menjatuhkan talaq sekiranya suami tadi melakukan perkara-perkara yang disyaratkan walaupun perkara itu memang jelas hukum haramnya.
 
Sekiranya ini berlaku, mohon kepada pihak yang terlibat mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat agama berhampiran untuk lebih kepastian demi menjaga kepentingan maslahah hukum dan agama.

Saturday, 1 March 2014

Soalan: saya dan suami bertengkar, suami lafaz, " aku tak nak tenguk muka kau lagi, jangan berani jejak kaki kat rumah ni lagi, kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ini, pergi balik rumah mak ayah kau, aku boleh hidup tanpa kau, semuanya itu boleh menjatuhkan talak ke?

Jawapan: Benar, secara umum lafaz-lafaz tersebut tidak menjatuhkan talaq kerana tiada penggunaan perkataan talaq atau cerai.

Namun harus diingat, lafaz tersebut berbentuk kinayah atau secara sindiran. Sekiranya suami tadi ada berniat cerai di dalam hati ketika melafaz ayat-ayat tadi bererti lafaz suami tadi menjatuhkan talaq.

Hanya suami yang tahu isi hatinya. Sekiranya benar dia berniat cerai ketika lafaz-lafaz tadi maka jelas hubungan suami isteri tadi telah terputus. Sebarang hubungan suami isteri selepas itu adalah haram menurut mazhab syafie. Mazhab syafie tidak mengiktiraf hubungan kelamin sebagai rujuk.

Kesimpulannya, suami hendaklah berhati-hati bila berkata terutama bila berlaku sebarang pertengkaran atau perselisihan dengan isteri. Kedua-dua pihak haruslah rasional dan mengawal marah serta dapat berkomunikasi dengan baik.

Mohon dapatkan maklumat dari pejabat agama terdekat. Moga perkahwinan puan dan suami sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Wednesday, 8 May 2013

LAFAZ CERAI

JENIS LAFAZ TALAK
 
Pertama LAFAZ NYATA
 
Contoh " Aku ceraikan kau" atau " Aku talakkan engkau dengan talak satu"
 
Hukum, tetap JATUH walau tanpa NIAT
 
Kedua LAFAZ SINDIRAN (TERSEMBUNYI)
 
Contoh " Aku lepaskan kau" atau " Kau baliklah rumah mak bapak engkau" atau " Berambus" dan apa apa perkataan negatif yang diniatkan cerai atau talaq.
 
Sebarang bentuk tulisan di semua aliran media, menggunakan hp, dll adalah kinayah.
 
Hukum, tetap JATUH sekiranya suami ada niat CERAI di dalam hati
 
Ketiga LAFAZ TAKLIQ (lafaz talak bersyarat)
 
Contoh " Jika hujan petang ni, jatuh talak" atau "jika ko keluar dari bilik ni, jatuh talak" dll
 
Apa sahaja yang disyaratkan oleh suami, tetap JATUH sekiranya berlaku/terjadi apa yang disyaratkannya.
 
 

CONTOH LAFAZ YANG PERNAH DIUCAP OLEH SUAMI
 
1. Jika dalam hati kau ada rasa tak puas hati dengan aku, jatuh talak - kinayah
2. aku ta kan engkau -kinayah
3. aku cerai -kinayah
4. kau nampak dia lagi, jatuh talak - kinayah
 
Walau apa pun lafaz yang dilafazkan oleh suami berkaitan dengan lafaz cerai atau talaq dalam apa keadaan hendaklah segera dirujuk ke pejabat agama berhampiran.
 
 
 

Thursday, 22 November 2012

CERAI MAIN-MAIN

Untuk pengetahuan umum, sekiranya seorang suami melafazkan cerai secara main-main walaupun tanpa niat untuk menjatuhkan talak ke atas isterinya, jatuh talak itu yer.

Contoh, Seorang suami berbual2 dengan rakannya di kedai kopi. Lalu seorang wanita cantik dan suami tersebut secara bergurau menyatakan yang dia sudah ceraikan isterinya dengan niat untuk mengahwini perempuan cantik itu. Secara langsung, lafaz tersebut dikira jatuh talak walaupun dengan niat bergurau

Ini disandarkan dengan dalil dari hadis nabi SAW yang antara lain bermaksud " 3 perkara yang dibuat sungguh2 memang jadi dan jika dibuat main2 pun memang jadi iaitu nikah, CERAI, rujuk"

Seperkara lagi, jika lafaz tersebut dibuat atau dilafazkan oleh seorang SUAMI tanpa ada saksi, dikira JATUH.

Walaubagaimanapun, pasangan ini hendaklah merujuk berkaitan LAFAZ CERAI ini di pejabat agama berhampiran bagi mengesahkan bahawa lafaz ini dikira jatuh atau pun tidak.

Oleh itu, nasihat saya kepada SUAMI janganlah perkataan CERAI atau TALAQ dibuat bahan gurauan samada berbentuk lisan mahupun perkataan.

Saturday, 23 October 2010

Detikan Hati Tidak Bawa Cerai

SAYA mempunyai seorang rakan lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Isterinya seorang yang suka merajuk, cemburu buta dan malas memasak serta lebih suka membeli makanan di kedai.

Rakan saya pernah bercerita beberapa kali hatinya terdetik untuk menceraikan isterinya apabila dia marah. Adakah sah cerai itu Dr?

SIMPATI
Selangor


DETIK atau getaran hati semata-mata tidak menjatuhkan cerai kepada isteri. Ia tidak lebih lahir daripada rasa hati sahaja.

Secara umumnya perceraian berlaku apabila suami melafazkan talak (1) secara sarih atau nyata yang tidak memerlukan niat seperti lafaz: "Aku ceraikan engkau dengan talak satu." (2) atau suami berkata secara tidak nyata (kinayah) seperti: "Engkau boleh pergi dari sini." dengan maksud cerai.

Cara kedua memerlukan pengakuan pihak suami mengenai kata-kata berkenaan. Seorang suami sepatutnya bersabar dengan kerenah isteri.

Kedua-dua pasangan dinasihatkan bersikap waras dalam bergaul antara satu sama lain. Sikap amarah patut dikawal supaya tidak menyesal kemudian hari.

Monday, 28 June 2010

URUS HARTA SEBELUM MATI

Assalamualaikum...

Maaf buat semua pembaca...sejak kehilanggan tonggak famili, kehidupan penulis seperti hilang punca. Benar, kita dilarang terikut2 perasaan akibat sebuah kehilangan..tetapi bak pepatah Arab Man yazuk ya'lam...siapa yang rasa, dia yang tahu perasaan ini.

Hari ini, penulis mula mengorak kembali langkah yang hilang..menyusur kembali jalan untuk terus ke hadapan...menyambung amal yang patut dibuat setelah berlaku KEMATIAN iaitu mendapatkan sijil faraid. APa itu sijil faraid?